Pages

Thursday 19 December 2013

Makanan Ini Buat Anda Happy Go Lucky

Duit yang banyak, kereta mewah, membeli pakaian yang mahal dengan harga yang murah dan sebagainya.
Adakah ini membuatkan anda bahagia? Itu bagi mereka yang berkemampuan. Masih ada cara lain untuk kita bahagiakan diri sendiri. Caranya dengan makan kentang goreng. Makanan ini boleh diperolehi dengan mudah dan harga yang murah.

Para peneliti mengatakan makan kentang goreng boleh memberikan kita rasa tenang dan rileks pada wanita. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap kerana ia juga tidak baik untuk kesihatan.


JOM shopping di BAJU KURUNG SHANA
JOM sihat bersama SAYA SUKA SIHAT CERGAS

Apa Ada Dalam Nugget Ayam?

Kita seperti ketagih dan seakan tidak boleh berhenti apabila menikmati nugget ayam. Lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sos atau mayonis.

Namun, tahukah anda, beberapa jenis nugget hanya menggunakan 50% daging ayam asli kerana selebihnya ia menggunakan bahan tambahan seperti tepung, MSG dan bahan yang tidak menyihatkan. Sebenarnya, nugget ayam adalah makanan sihat yang kaya protein dan menarik perhatian kanak-kanak. Tetapi ada juga nugget ayam yang mempunyai bahan yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.



Jom beli baju kurung di BAJU KURUNG SHANA
Jom sihat bersama SAYA SUKA SIHAT CERGAS

Wednesday 18 December 2013

Cendawan Kuatkan Tulang

Berita baik untuk anda penggemar cendawan. Selain rasa enak, cendawan kaya dengan vitamin D yang dapat membantu badan kita sihat dan melawan penyakit. Vitamin D2 adalah nutrisi penting untuk kesihatan tulang,otot dan meningkatkan system ketahanan badan. Jadi, jangan ragu-ragu untuk mengambil pelbagai jenis cendawan. Selain vitamin D, cendawan dapat melawan penyakit seperti selsema dan mengurangkan risiko penyakit kanse, jantung dan diabetes.


JOM beli shopping di BAJU KURUNG SHANA
JOM sihat bersama di SAYA SUKA SIHAT CERGAS

Tip Kurangkan Serangan Asma

  1.        Jangan merokok dan juga jangan dedahkan diri dengan asap rokok.
  2.        Berhati-hati dalam pengambilan ubatan kerana sesetangah ubat seperti ubat darah tinggi , ubat tahan sakit dan juga ubat sakit jantung boleh mencetuskan serangan asma.
  3.        Dapatkan nasihat doctor sebelum mengambil apa-apa ubat.
  4.        Gunakan topeng muka apabila terdapat masalah percemaran udara seperti jerebu.
  5.        Elakkan penggunaan permaidani di rumah.
  6.        Elakkan memelihara haiwan di rumah seperti anjing atau kucing.
  7.        Pastikan udara di dalm rumah sentiasa beredar dengan baik.
  8.        Sentiasa jaga kebersihan di rumah.

JOM beli baju kurung di BAJU KURUNG SHANA
JOM sihat bersamaSAYA SUKA SIHAT CERGAS

Tuesday 26 November 2013

5 Cara Jaga Kesan Regangan

Tahukah anda hampir 90% wanita hamil mengalami kesan regangan kulit ketika hamil?

Berita baik untuk anda! Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masaalah ini daripada menjadi lebih buruk.

1. Rutin jaga kulit

Langkah utama dalam mengelakkan kesan regangan menjadi buruk ialah mendisiplinkan diri dengan melakukan rutin penjagaan kulit. Lakukan rutin yang ringkas setiap hari seperti menyapu losyen ke kulit bagi memastikan ia kekal lembap sepanjang masa.

2. Jaga berat badan

Pertambahan berat badan ketika hamil adalah normal. Namun, pastikan peningkatan berat badan adalah mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh doktor.Pertambahan berat yang mendadak boleh menyebabkan kulit meregang dan meninggalkan kesan buruk berkekalan.

3. Hidratkan kulit

Kulit yang sentiasa hidrat ketika hamil adalah kunci utama kulit yang cantik. Memandangkan ketika hamilkulit berubah menjadi lebih sensitif, jadi minum air mencukupi.

4. Urutan

Amalan ini sangat baik untuk membantu anda menjaga kesan regangan kulit. Anda boleh lakukan sendiri ketika waktu santai. Gunakan berus badan atau sarung tangan lembut ketika mandi dan urutlah bahagian yang bermasaalah.

5. Amal pemakanan sihat

Dengan memakan makanan yang kaya khasiat dan juga pengambilan vitamin, kulit anda akan kekal cantik dan sihat.


JOM beli baju kurung di sini Baju Kurung Shana
JOM beli vitamin semulajadi di sini Saya Suka Sihat Cergas



Monday 25 November 2013

9 Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh.

Susu ibu adalah makanan bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahaun tempoh penyusuan. Panduan ini perlu anda berikan kepada pengasuh dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu dia mengendalikan penyusuan bayi dengan baik.

1. Elakkan memberi SIP jika bayi menangis.Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.

2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikan SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.

3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan BUKANNYA lengan.

4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

5. JANGAN tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.



6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

7. Bayi yang akan menentukan bila dia patut berhenti minum. JANGAN paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada di dalam botol.

8. Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.

9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan, lebih banyak SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keaadaan bayi yang mungkin kerap meragam.

JOM beli baju kurung di Baju Kurung Shana
JOM beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 20 November 2013

5 Tip Sediakan Hidangan Telur Yang Sihat

Telur Oh Telur!

1. Untuk satu hidangan telur dadar yang sihat, jika menggunakn 4 biji telur, cuba gunakan 2 biji telur kuning dan 4 biji telur putih. Sebenarnya kita tidak akan merasai apa-apa kekurangan telur kuning jika pandai mengolah resepi dengan menambahkan sayuran seperti cendawan, daun bawang atau seleri.


2. Telur kuning yang tidak digunakan, jangan sesekali dibuang kerana telur boleh didinginbekukan untuk penggunaan dimasa akan datang.

3. Guna kuning telur tadi untuk membuat kastard dan gunakan sedikit tepung jagung kuning untuk memekatkannya daripada menggunakan telur kuning yang lebih sebagai agen pemekat.

4. Telur sebenarnya tidak perlu disimpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. Tempat yang gelap biasanya agak sejuk suhunya dan ini amat sesuai untuk menyimpan telur.

5. Untuk memeriksa kesegaran telur, kita perlukan satu mangkuk kaca atau plastik yang lutsinar. Masukkan air ke dalam mangkuk, cukup untuk tenggelamkan telur. Masukkan sebiji telur ke dalam air, jika telur tu tenggelam ke dasar mangkuk dalam kedudukan flat, ia menunjukan telur itu segar.
Tapi jika kedudukan telur itu menegak, ini bererti telur itu tidak segar. Telur yang segar amat penting dalam menyediakan kek,pastri dan lain-lain.



Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas



7 Tip Didik Anak Perempuan

Menurut Ustaz Ahmad Shukri Yusoff,mendidik dan memberi pendidikan, menanggung anak-anak,sanggup berjaga siang dan malam serta memberi kegembiraan kepada anak-anak merupakan suatu bentuk ibadah kepada ALLAH swt.
Oleh itu ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar mampu memberi didikan dan asuhan yang sempurna kepada anak-anak.

1. Pengabdian Diri Kepada ALLAH swt

Dalam proses mendidik anak-anak termasuk anak perempuan, ibubapa perlu menerapkan kepada mereka konsep pengabdian diri hanya pada ALLAH swt iaitu mengajar asas-asas agama seperti solat dan berpuasa. Tanamkan pada anak-anak supaya mereka sentiasa mencintai dan mengaggungkan ALLAH swt setiap perilaku mereka.

2. Kata Kata Positif

Kata-kata yang diungkapkan oleh ibubapa hendaklah kata-kata mendidik dan memberi motivasi pada anak-anak.

Wednesday 6 November 2013

8 Cara Mengurangkan Pengambilan Gula

Anda sukar menangkis godaan makanan dan minuman yang manis-manis? Ermmm..jangan risau. Ada cara mudah untuk mengatasinya.


  1. Minum air kosong
  2. Jangan minum minuman manis-manis terutama air berkarbonat.
  3. Hadkan penggunaan gula, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 susu teh sahaja.
  4. Jangan makan kuih yang manis.
  5. Elakkan mengambil snek dan minuman bergula di antara hidangan utama dan juga sebelum waktu tidur.
  6. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur yang manis dengan buah-buahan.
  7. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di tempat teratas senarai ramuan.
  8. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel 'rendah gula' atau 'bebas gula'.


Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas




Tuesday 5 November 2013

Gula Penyebab Duka??!!

Harga gula telah naik dek kerana Budget 2014 baru diumumkan lepas kerajaan telah menarik semula subsidi gula setelah sekian lama rakyat Malaysia menikmatinya.


Pakar kesihatan menyarankan kepada kita agar mengurangkan pengambilan minuman ringan yang dihasilkan menggunakan gula fruktosa kerana ia mengandungi lebih 50% gula sukrosa atau pemanis.
Tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dicernakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia juga tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar. Ini bermakna, fruktosa meningkatkan kecendurungan kita untuk makan berlebihan, Dengan itu ia adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan.


Adakah kita tahu bahawa 355 mililiter minuman ringan berkarbonat mengandungi lebih kurang 10 camca teh gula!
Gula adalah karbohidrat. Begitu juga nasi, bihun, pasta, roti dan sayuran berubi. Jadi mengapa kita perlu minuman yang manis sedangkan kita kerap makan makanan yang kaya dengan karbohidrat?
Karbohidrat bertukar kepada gula dahulu sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Tetapi kita kurang menggunakan tenaga kerana kerap menonton televisyen dan sentiasa menhadap atau bermain komputer.
Tenaga yang tidak digunakan atau berlebihan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh kita. Yang pastinya tenaga yang berlebihan itu akan menjadikan kita gemuk dan lama-kelamaan kita akan menjadi obes.

Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Monday 4 November 2013

Ciri-Ciri Earthquake Light....


  • Earthquake light berlaku sebelum, semasa dan selepas gempa bumi. Ia menyerupai cahaya atau awan yang sejuk dan tenang , berwarna putih atau biru atau merah!. Kadang-kadang ia malap atau lebih terang daripada cahaya bulan.
  • Earthquake light mempunyai pelbagai bentuk iaitu glob, garis panjang, sinar, kepingan dan awan. Earthquake light juga kelihatan berkedip-kedip dan juga kadang-kadang keluarkan bunyi seperti berdesir. 
  • Earthquake light pernah direkod kelihatan berminggu sebelum atau selepas gempa bumi dan berada beratus kilometer dari pusat gempa. Ia biasa kelihatan di China dan juga pernah dilihat di Peru.
  • Namun sehingga kini masih tiada lagi kajian dan bukti yang cukup untuk kaitkan kemunculan Earthquake light dengan bencana gempa bumi. Namun mungkin ia juga mungkin amaran dan pentanda awal dari Sang Pencipta kepada manusia.


Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 30 October 2013

Earthquake Light: Petanda Awal Gempa Bumi?

Pada masa dahulu, Earthquake Light (Cahaya Gempa Bumi) dianggap hanya lah cerita dongeng yang dibawa oleh nenek moyang, sehinggalah pada tahun 1960an apabila beberapa gambar dapat di rakam di Jepun dan selepas beberapa hari, gempa yang berlarutan sehingga sebulan berlaku dan akhirnya ia menjadi antara bukti yang membuka mata para pengkaji gempa bumi.




Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 9 October 2013

Merawat Kesan Lecur




Secara umumnya melecur terbahagi kepada 3 tahap,iaitu tahap 1,2 dan 3. Bagi kes melecur tahap 1 bolehlah dikatakan sebagai minor dan akan menyebabkan kesan seperti sunburn.
Manakala melecur tahap 2 boleh mengakibatkan kulit melecet disebabkan lapisan kulit pertama dan kedua mengalami kerosakan. Untuk lecur tahap 3 pula, ia boleh memasuki kawasan yang lebih dalam sehingga ke tulang. Kes seperti ini memerlukan rawatan di hospital.

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua. Langkah-langkah yang perlu di ambil untuk merawat lecur apabila terkena air/benda panas.

5 Tip Bantu Elak Sakit Belakang


  1. Postur tubuh adalah amat penting dijaga dalam membantu mengelak sakit belakang. Pastikan anda tidak membongkok ketika berdiri atau duduk. Jika anda berada di depan komputer untuk menaip, pastikan kedudukan belakang badan dan bahu tegak dan selaras. Ini kerana jika kita duduk membongkok,otot belakang dan tengkuk akan bersa kejang dan mudah sakit.
  2. Sebelum mengangkat barang,anda dinasihatkan pastikan berat barang yang ingin diangkat dahulu. Jika terlalu berat,sebaiknya diangkat secara berdua atau berkumpulan. Sebelum barang diangkat ,lakukan regangan ringam terlebih dahulu. memang agak lucu didengar atau dianggap remeh. Tetapi ia sangat menbantu dalam mencegah sakit belakang atau kecedraan otot.
  3. Senaman secara konsisten sangat penting untuk menjamin kesihatan tulang anda. Aktiviti ini dapat membantu kuatkan otot utama,abdomen dan belakang tubuh.
  4. Anda dinasihatkan mengekalkan berat badan yang ideal.Perut buncit mampu memberikan tekanan pada tulang belakang kita.
  5. Mengangkat barang juga perlu ada teknik yang tepat. Badan kita tidak perlu membongkok masa angkat barang. Anda perlu menundukan diri terlebih  dahulu, iaitu dengan membongkok dari bahagian pinggul ke kaki manakala bahagian atasbadan kekal tegak (seperti posisi bertinggung). Kedudukan ini harus dipraktikan sewaktu mengangkat 

Friday 4 October 2013

6 Tip Mencegah Resdung


  1. Cadar dan langsir bilik tidur haruslah kerap ditukar dan dicuci
  2. Permaidani adalah tidak digalakkan terutama di bilik tidur.
  3. Elakkan daripada menghias terlalu banyak kusyen.
  4. Binatang peliharaan sepatutnya tidak dibenarkan memasuki ke dalam rumah terutamanya bilik tidur.
  5. Perlu pastikan persekitaran sentiasa bersih dan kurang berhabuk.
  6. Penggunaan hampagas berpenapis (high efficiency filter,HEPA) lebih efisien untuk mengurangkan habuk dan hama bebrbanding penyapu.
Jom beli Baju Kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Tuesday 1 October 2013

RESDUNG Tidak Hanya Pada Hidung...

Ramai yang fokus pada hidung apabila membincangkan perihal resdung. Tahukah anda resdung juga boleh menyerang mana-mana bahagian badan kita?Contohnya pipi,mata,mulut,telinaga dan dada.

9 tanda-tanda resdung mengikut bahagian badan.

1. Dahi.

  • Rambut gugur
  • Sakit kepala atau migrain
  • Gatal kulit kepala
2. Mata

  • Gatal-gatal pada mata
  • Bengkak atau sakit
  • Mata berair
  • Penglihatan menjadi kabur
3. Telinga

  • Telinga berasa sakit
  • Bernanah dan berbau
  • Gatal dalam saluran telinga
  • Ada masaalah pendengaran
4. Hidung

  • Kurang deria bau
  • Selsema atau bersin yang berpanjangan
  • Hidung tersumbat
  • Sakit di pangkal hidung
5. Pipi

  • Jerawat yang banyak
  • Sakit
  • Gatal dibahagian muka
  • Merah-merah dibawah mata dan pipi
6.  Mulut

  • Gusi bengkak
  • Sakit gigi
  • Gusi berdarah atau bernanah
7. Dada

  • Lelah dan berkahak
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gatal-gatal badan
  • Jerawat di sekitar leher,dada atau belakang
8. Usus Besar/Kecil
  • Buasir
  • Berdarah ketika membuang air besar
  • Bengkak di bahagian dubur
9. Kaki Dan Tangan
  • Cekam kuku
  • Kudis (berair) di celah-celah jari

Jom beli Baju Kurung diBaju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi diSaya Suka Sihat Cergas

Friday 27 September 2013

Bawang Merah...Bawang Putih

"Buai laju-laju...aku nak kawin dengan anak raja.."
Nyanyian si bawang putih di bawah pohon sambil merengek-rengek.Itu adalah petikan dialog cerita 'Bawang Merah Bawang Putih'. Kononya, bawang putih adalah yang jahat dan bawang merah ditindas oleh kakak dan ibu tirinya.

Bawang Merah




Bawang merah mengandungi sejenis bahan iaitu 'lacromatory' yang menggalakan pengeluaran air mata. Bawang ini banyak digunakan dalam tumisan kerana baunya yang harum dan enak. Selain dijadikan bahan menumis, ia juga dijadikan bawang goreng yang rangup. Pastikan pilih bawang yang tidak berair supaya bawang goreng anda tidak berair!


Bawang Putih


Bawang putih mempunyai bau yang kuat berbanding bawang merah. Masakan kaum Cina banyak menggunakan bawang putih. Setiap biji bawang putih terdiri daripada 12-16 siung yang berlapis kulit nipis.

Thursday 26 September 2013

Kuaci Oh Kuaci

Kuaci mengandungi kandungan zat besi. Pemakanan yang rendah kadar zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol lemak jahat dan akan menghadkan kolestrol lemak baik.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar iaitu jenis labu dan bunga matahari untuk tambahkan zat besi dan kurangkan kolestrol

Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 25 September 2013

Hebatnya Kacang Tanah

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas daripada rosakkn kadar kolestrol lemak dan juga dapat hindari daripada serangan jantung!

Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas








Tuesday 24 September 2013

5 Tips Memilih Aksesori Pada Tudung


  1. Bila menyarungkan tudung polos, pilihlah keronsang yang bercorak besar agar penampilan tidak terlalu kosong.
  2. Elakkan jadi kedai kerongsang bergerak! Jauhi dari menggunakan klip,kerongsang dan pin bergemelapan pada satu tudung sahaja.
  3. Aksesori keronsang yang berkilat amat sesuai digayakan pada tudung di malam hari.
  4. Anda juga boleh gayakan tudung dengan hiasan unik seperti kalung,cincin atau gelang bagi nampak lebih kreatif.
  5. Pakailah alsesori kasual dengan warna lembut atau pastel di siang hari.


Jom beli Baju Kurung disini  Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini Saya Suka Sihat Cergas

Kalsium Dan Mineral Dalam Soya Bantu Pecah Lemak

Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
Ia juga mengandungi 48% protein,lesitin, vitamin dan zat galian. Di samping itu amat membantu menghindari penyakit jantung dan kencing manis.



Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini:Saya Suka Sihat Cergas

Monday 23 September 2013

Mana Satu Pilihan Dia?

Ermm...dah 2,3 hari mencari pre-school untuk Amir. Tahun depan dia 4 tahun.


Hari Jumaat lepas kami ke Genius Aulad Subang Bestari. Konsep dan dekorasi menarik minatnya.Kami banyak tanya soalan pada 'teacher'. Ya lah..untuk puas kan hati. Boleh tahan juga ye yuran pendaftarannya!

Kemudian kami ke Brainy Bunch Subang Bestari. Huh! dia suka sangat sebab banyak 'toys' katanya. Toys yang dia maksud kan ialah alat-alat pengajarannya. Ermmm...boleh dipertimbangkan.


Hari ni pulak sambil-sambil mencari daycare untuk baby Zahrah sempat pulak singgah di Little Caliphs Subang Bestari. Bertuah sangat sebab dapat penerangan dari 'owner' kinddie tersebut. Katanya dia hanya datang 1 minggu sekali saja. Tertarik dengan modul Pre Tahfiznya. Modul ini akan diajar pada umur 6 tahun kelak.

Kami belum buat keputusan lagi. Kita tunggu entri akan datang apa pilihan Amir!

Jom beli Baju Kurung disini Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini Saya Suka Sihat Cergas

Kurangi Risiko Penyakit Kronik Dengan Kurma!

Buah kurma dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galian didalam kurma seperti kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah.
Buah kurma juga adalah menyumbang sumber tenaga kerana mengandungi glukosa iaitu unsur gula dalam darah.
Buah kurma merangsang kesihatan wanita hamil dan memberi tenaga tambahan ketika proses bersalin kelak.
Buah kurma membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat.



Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas

Monday 9 September 2013

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Salam Sejahtera...

Saya amat berterima kasih pada Zaila Mohamad kerana tekun dan sabar mengajar saya bagaimana hendak ada blog dan fanpage sendiri. Kelas ini memberi kemudahan secara online dan fleksibel.

Saya pernah mencuba belajar sendiri melalui e-book tapi kadang-kadang bila tidak ada Cikgu yang tunjukan cara-cara yang betul kita berhenti separuh jalan. 
Saya juga pernah ingin mengupah orang untuk buat blog untuk saya.Tapi bila di fikirkan semula lebih baik saya belajar sendiri dengan kos jauh lebih murah.

"Work At Home Mom". Itulah impian saya. Sejak saya belajar kelas asas blog ini, masa saya lebih kepada mencari ilmu bagaimana menambah pengetahuan bagaimana menjana pendapatan dalam bidang blog.
Kelebihan kelas asas blog dan fanpage ini saya dibantu oleh cikgu yang berpengalaman luas dan boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga akan memberi semangat dan selalu bertanya khabar kepda pelajar-pelajarnya.
Saya rasa memang tidak rugi belajar kelas asas blog dan fanpage ini.





Jika anda berminat nak belajar seperti saya boleh lah ke http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/06/diari-wahm-sahm-soho-bina-asas-blog.html

anda akan dibimbing oleh Zaila Mohamad Masayu Ahmad








Thursday 5 September 2013

Praktikkan Senaman Ringan, Sayangi Jantung Kita

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan pembunuh no.1 di Malaysia.Ia sudah tidak menghairankan kita kerana 25% daripada penduduk di Malaysia dikategorikan obesiti.

Jika seseorang mengamalkan aktiviti fizikal/senaman, adakah mereka boleh mencegah sakit JANTUNG?

Jika kita melakukan senaman ringan 30 minit sehari, banyak manfaat kita perolehi. Senaman ringan termaksuklah menaiki tangga, berkebun, berjalan kaki sambil bersiar-siar,membuat kerja rumah,menari, membersih laman dan melakukan senaman di rumah.

Senaman seperti aerobik,berlari,berenang,berbasikal dan lompat tali adalah contoh senaman lebih cergas dan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung dan paru-paru.

Tidak bersenam seperti juga merokok,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah tinggi adalah salah satu daripada faktor utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak jamin kita bebas daripada sakit jantung tetapi kita boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini.



Tuesday 3 September 2013

Kurus Dengan Kuali

Ada apa dengan kuali sehingga boleh kurus dengan kuali?
Memasak dengan menggunakan kuali anti lekat membantu kita mengurangkan sehingga 100 kalori setiap hari!!
Ini kerana kuali jenis ini dapat mengelakkan kita daripada menggoreng dengan minyak atau mentega.
Huh! Siapa sangka kuali juga boleh menjadi sebab untuk kita kurus!!




JOM ! MAKAN POPCORN

Anda tahu tak? Segenggam bertih jagung ada kandungan karbohidrat yang sama dengan sebuku roti?

Menurut kajian oleh ahli nutrisi dari Stern Nutrition Center, POPCORN lebih kaya gizi berbanding dengan POTATO CHIPS. Ia mengandungi serat,protein dan vitamin B.

Tapi ada syaratnya. Ia hanya untuk POPCORN yang dimasak dengan minyak zaitun tanpa tambah garam!!

Tuesday 27 August 2013

Bahaya Berdengkur!!

Tahukah anda bahawa berdengkur boleh membunuh?
Ia dikaitkan dengan Sleep Apnea yang boleh membayahakan nyawa. Hampir 34% menurut kajian, lelaki berdengkur. Jika Sleep Apnea tidak dirawat, ia boleh membawa risiko tekanan darah tinggi, strok dan sakit jantung serta lemah memori dan kerap mengantuk di siang hari.


7 Kebaikan TIMUN

Tahukah anda TIMUN mempunyai banyak khasiat?
TIMUN sering menjadi ulam.Ia amat sedap di makan mentah dan ada juga yang dimasak bersama lauk lain.
Jom! kita lihat apakah khasiat TIMUN.



1. MATA
    Jika mata kita mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan TIMUN yang dipotong bulat pada mata.
    TIMUN mempunyai sifat anti-inflamasi dan menolong kurangkan bengkak.


2. SISTEM PENGHADAMAN
    Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam TIMUN membantu mengurangkan toksin dari         sistem     penghadaman.
    Jus TIMUN yang segar pula membantu mengurangkan masaalah ulser,pedih ulu hati dan gastrik.

3. GUSI DAN GIGI
    Jus TIMUN amat baik bagi kita yang ada masalah gigi dan gusi kerana ia adalah suber serat yang           baik.

4. RAMBUT
    TIMUN menbantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar kerana ia mengandungi silikon dan
    sulfur.

5. PENYAKIT
   *  Jus TIMUN bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Ia ada hormon yang diperlukan oleh sel-sel        pankreas untuk hasilkan insulin.
    * Ia juga membantu melarutkan kencing dan batu karang jika kita minum dengan lebih kerap.
    * Jika jus TIMUN dicampur dengan jus lobak merah, ia membantu mengurangkan gout dan sakit             artritis dengan merendahkan tahap asid urik. TIMUN bakaya dengan vitamin                  
      A,B1,B6,C,D,folat,kalsium,magnesium dan kalium.
   * Beberapa jenis kanser yang berisiko tinggi seperti kanser payudara,kanser prostat,kanser rahim dan       kanser ovari dapat dikurangkan dengan pengambilan jus TIMUN

6. DIET HARIAN
   * Amalan makan TIMUN membantu mengatasi masaalah sembelit.
   * TIMUN bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungi kalorinya rendah tetapi inggi  
      kandungan air.

7. KULIT
   * Masker yang dihasilkan daripada TIMUN digunakn untuk mengatasi ketegangan kulit.
   * Kulit TIMUN membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Tip
Jika anda ingin membeli TIMUN pastikan ia berwarna hijau tua dan keras bila dipegang.Elakkan ambil TIMUN yang terlalu masak(kuning) kerana biasanya ia mengandungi lebih banyak serat yang tidak larut dalam air.
 


Minum Jus Limau Boleh Turunkan Kolestrol

Mengamalkan minum jus limau boleh menurunkan paras kolestrol.
Kajian telah terbukti minum jus limau boleh membantu proses ini kerana dikurniakan khasiat yang boleh turunkan kolestrol.
Cuba elakkan jus limau dengan gula kerana ia tidak sama dengan jus 'kosong'.



Friday 23 August 2013

UNTUK KULIT CANTIK, MAKANLAH....

Ada berita baik untuk semua!!Gabungan pemakanan yang seimbang boleh menolong kita mendapatkan kulit yang sihat dan segar. Apa yang penting jadikan ia sebagai rutin.

Jom! kita kenali 4 jenis makanan yang baik dan bagus untuk kulit.

1. ANGGUR MERAH

Buah ini bertindak sebagai antihistamin semulajadi. Iaitu dengan makan anggur, ia membantu kita mengawal alahan daripada kesan sampingan.
Selain itu anggur merah mengandungi antioksidan dan agen kimia yang menolong merawat masalh radang kulit seperti eczema dan psoriasis


2. SUSU OAT

Susu oat baik dalam membantu kita merawat masalah jerawat. Ia mengandungi selulosa,laktosa,vitamin E dan asid folik yang penting untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit.


3. KEKACANG

Akibat kekurangan sesetengah jenis mineral contohnya zinc dan selenium senang menyebabkan jerawat.
Inilah antara alasannya kenapa kekacang,misalnya kacang Brazil dan biji labu adalah pilihan makanan terbaik untuk kulit bersih! Ia mengandungi kepekatan tinggi "mineral kulit sihat".


4. TOFU

Cara yang paling terbaik untuk tambahkan jumlah protein dalam nutrisi harian kita adalah dengan makan tofu.
Tofu adalah sumber protein,sayur,kalsium dan lemak tidak tepu paling hebat. Ia juga kaya dengan antioksidan dan iron.

JANGAN TIDUR SIANG...

Kata orang jangan tidur siang. Kononnya kita akan lebih banyak terjaga pada waktu malam dan sukar hendak tidur semula.
Kenyataan tersebut ada betul dan salahnya. Ia akan terjadi jika kita tidur siang melebihi 30 minit. Tidur siang yang lama akan membuatkan kita sukar tidur dan mudah terjaga di tengah malam.
Dengan itu, ambil masa 30 minit sahaja untuk rehatkan diri.


Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015