Pages

Tuesday 26 November 2013

5 Cara Jaga Kesan Regangan

Tahukah anda hampir 90% wanita hamil mengalami kesan regangan kulit ketika hamil?

Berita baik untuk anda! Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masaalah ini daripada menjadi lebih buruk.

1. Rutin jaga kulit

Langkah utama dalam mengelakkan kesan regangan menjadi buruk ialah mendisiplinkan diri dengan melakukan rutin penjagaan kulit. Lakukan rutin yang ringkas setiap hari seperti menyapu losyen ke kulit bagi memastikan ia kekal lembap sepanjang masa.

2. Jaga berat badan

Pertambahan berat badan ketika hamil adalah normal. Namun, pastikan peningkatan berat badan adalah mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh doktor.Pertambahan berat yang mendadak boleh menyebabkan kulit meregang dan meninggalkan kesan buruk berkekalan.

3. Hidratkan kulit

Kulit yang sentiasa hidrat ketika hamil adalah kunci utama kulit yang cantik. Memandangkan ketika hamilkulit berubah menjadi lebih sensitif, jadi minum air mencukupi.

4. Urutan

Amalan ini sangat baik untuk membantu anda menjaga kesan regangan kulit. Anda boleh lakukan sendiri ketika waktu santai. Gunakan berus badan atau sarung tangan lembut ketika mandi dan urutlah bahagian yang bermasaalah.

5. Amal pemakanan sihat

Dengan memakan makanan yang kaya khasiat dan juga pengambilan vitamin, kulit anda akan kekal cantik dan sihat.


JOM beli baju kurung di sini Baju Kurung Shana
JOM beli vitamin semulajadi di sini Saya Suka Sihat Cergas



Monday 25 November 2013

9 Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh.

Susu ibu adalah makanan bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahaun tempoh penyusuan. Panduan ini perlu anda berikan kepada pengasuh dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu dia mengendalikan penyusuan bayi dengan baik.

1. Elakkan memberi SIP jika bayi menangis.Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.

2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikan SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.

3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan BUKANNYA lengan.

4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

5. JANGAN tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.



6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

7. Bayi yang akan menentukan bila dia patut berhenti minum. JANGAN paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada di dalam botol.

8. Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.

9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan, lebih banyak SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keaadaan bayi yang mungkin kerap meragam.

JOM beli baju kurung di Baju Kurung Shana
JOM beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 20 November 2013

5 Tip Sediakan Hidangan Telur Yang Sihat

Telur Oh Telur!

1. Untuk satu hidangan telur dadar yang sihat, jika menggunakn 4 biji telur, cuba gunakan 2 biji telur kuning dan 4 biji telur putih. Sebenarnya kita tidak akan merasai apa-apa kekurangan telur kuning jika pandai mengolah resepi dengan menambahkan sayuran seperti cendawan, daun bawang atau seleri.


2. Telur kuning yang tidak digunakan, jangan sesekali dibuang kerana telur boleh didinginbekukan untuk penggunaan dimasa akan datang.

3. Guna kuning telur tadi untuk membuat kastard dan gunakan sedikit tepung jagung kuning untuk memekatkannya daripada menggunakan telur kuning yang lebih sebagai agen pemekat.

4. Telur sebenarnya tidak perlu disimpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. Tempat yang gelap biasanya agak sejuk suhunya dan ini amat sesuai untuk menyimpan telur.

5. Untuk memeriksa kesegaran telur, kita perlukan satu mangkuk kaca atau plastik yang lutsinar. Masukkan air ke dalam mangkuk, cukup untuk tenggelamkan telur. Masukkan sebiji telur ke dalam air, jika telur tu tenggelam ke dasar mangkuk dalam kedudukan flat, ia menunjukan telur itu segar.
Tapi jika kedudukan telur itu menegak, ini bererti telur itu tidak segar. Telur yang segar amat penting dalam menyediakan kek,pastri dan lain-lain.



Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas



7 Tip Didik Anak Perempuan

Menurut Ustaz Ahmad Shukri Yusoff,mendidik dan memberi pendidikan, menanggung anak-anak,sanggup berjaga siang dan malam serta memberi kegembiraan kepada anak-anak merupakan suatu bentuk ibadah kepada ALLAH swt.
Oleh itu ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar mampu memberi didikan dan asuhan yang sempurna kepada anak-anak.

1. Pengabdian Diri Kepada ALLAH swt

Dalam proses mendidik anak-anak termasuk anak perempuan, ibubapa perlu menerapkan kepada mereka konsep pengabdian diri hanya pada ALLAH swt iaitu mengajar asas-asas agama seperti solat dan berpuasa. Tanamkan pada anak-anak supaya mereka sentiasa mencintai dan mengaggungkan ALLAH swt setiap perilaku mereka.

2. Kata Kata Positif

Kata-kata yang diungkapkan oleh ibubapa hendaklah kata-kata mendidik dan memberi motivasi pada anak-anak.

Wednesday 6 November 2013

8 Cara Mengurangkan Pengambilan Gula

Anda sukar menangkis godaan makanan dan minuman yang manis-manis? Ermmm..jangan risau. Ada cara mudah untuk mengatasinya.


  1. Minum air kosong
  2. Jangan minum minuman manis-manis terutama air berkarbonat.
  3. Hadkan penggunaan gula, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 susu teh sahaja.
  4. Jangan makan kuih yang manis.
  5. Elakkan mengambil snek dan minuman bergula di antara hidangan utama dan juga sebelum waktu tidur.
  6. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur yang manis dengan buah-buahan.
  7. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di tempat teratas senarai ramuan.
  8. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel 'rendah gula' atau 'bebas gula'.


Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas




Tuesday 5 November 2013

Gula Penyebab Duka??!!

Harga gula telah naik dek kerana Budget 2014 baru diumumkan lepas kerajaan telah menarik semula subsidi gula setelah sekian lama rakyat Malaysia menikmatinya.


Pakar kesihatan menyarankan kepada kita agar mengurangkan pengambilan minuman ringan yang dihasilkan menggunakan gula fruktosa kerana ia mengandungi lebih 50% gula sukrosa atau pemanis.
Tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dicernakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia juga tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar. Ini bermakna, fruktosa meningkatkan kecendurungan kita untuk makan berlebihan, Dengan itu ia adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan.


Adakah kita tahu bahawa 355 mililiter minuman ringan berkarbonat mengandungi lebih kurang 10 camca teh gula!
Gula adalah karbohidrat. Begitu juga nasi, bihun, pasta, roti dan sayuran berubi. Jadi mengapa kita perlu minuman yang manis sedangkan kita kerap makan makanan yang kaya dengan karbohidrat?
Karbohidrat bertukar kepada gula dahulu sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Tetapi kita kurang menggunakan tenaga kerana kerap menonton televisyen dan sentiasa menhadap atau bermain komputer.
Tenaga yang tidak digunakan atau berlebihan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh kita. Yang pastinya tenaga yang berlebihan itu akan menjadikan kita gemuk dan lama-kelamaan kita akan menjadi obes.

Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Monday 4 November 2013

Ciri-Ciri Earthquake Light....


  • Earthquake light berlaku sebelum, semasa dan selepas gempa bumi. Ia menyerupai cahaya atau awan yang sejuk dan tenang , berwarna putih atau biru atau merah!. Kadang-kadang ia malap atau lebih terang daripada cahaya bulan.
  • Earthquake light mempunyai pelbagai bentuk iaitu glob, garis panjang, sinar, kepingan dan awan. Earthquake light juga kelihatan berkedip-kedip dan juga kadang-kadang keluarkan bunyi seperti berdesir. 
  • Earthquake light pernah direkod kelihatan berminggu sebelum atau selepas gempa bumi dan berada beratus kilometer dari pusat gempa. Ia biasa kelihatan di China dan juga pernah dilihat di Peru.
  • Namun sehingga kini masih tiada lagi kajian dan bukti yang cukup untuk kaitkan kemunculan Earthquake light dengan bencana gempa bumi. Namun mungkin ia juga mungkin amaran dan pentanda awal dari Sang Pencipta kepada manusia.


Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015