Pages

Tuesday, 5 November 2013

Gula Penyebab Duka??!!

Harga gula telah naik dek kerana Budget 2014 baru diumumkan lepas kerajaan telah menarik semula subsidi gula setelah sekian lama rakyat Malaysia menikmatinya.


Pakar kesihatan menyarankan kepada kita agar mengurangkan pengambilan minuman ringan yang dihasilkan menggunakan gula fruktosa kerana ia mengandungi lebih 50% gula sukrosa atau pemanis.
Tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dicernakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia juga tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar. Ini bermakna, fruktosa meningkatkan kecendurungan kita untuk makan berlebihan, Dengan itu ia adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan.


Adakah kita tahu bahawa 355 mililiter minuman ringan berkarbonat mengandungi lebih kurang 10 camca teh gula!
Gula adalah karbohidrat. Begitu juga nasi, bihun, pasta, roti dan sayuran berubi. Jadi mengapa kita perlu minuman yang manis sedangkan kita kerap makan makanan yang kaya dengan karbohidrat?
Karbohidrat bertukar kepada gula dahulu sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Tetapi kita kurang menggunakan tenaga kerana kerap menonton televisyen dan sentiasa menhadap atau bermain komputer.
Tenaga yang tidak digunakan atau berlebihan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh kita. Yang pastinya tenaga yang berlebihan itu akan menjadikan kita gemuk dan lama-kelamaan kita akan menjadi obes.

Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015