Pages

Saturday 19 September 2015

Panduan Diet Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Makanan yang diambil perlu berzat bagi meningkatkan tahap imuniti untuk jemaah haji dan umrah.

# Memperbaiki dan menambah baik status pemakanan sebelum menunaikan haji atau umrah adalah salah satu persediaan sangat penting supaya sistem imuniti menjadi kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
# Hidrasi yang cukup adalah sangat penting semasa menunaikan ibadah haji atau umrah kerana cuaca yang panas dan kering. Minumlah air kosong atau zam-zam setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan sebanyak 3 hingga 4 liter sehari khususnya apabila cuaca panas dan banyak melakukan aktiviti fizikal.
# Semasa di Makkah, lebihkan makan buah-buahan dan sayur sayuran. Ia kaya dengan vitamin dan mineral yang boleh mengekalkan tahap imuniti yang baik.
# Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Seeloknya makanlah makanan segera selepas dihidangkan.
# Sepulangnya ke tanah air, para jemaah dinasihatkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya kerana perubahan cuaca yang ketara.
Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015