Pages

Wednesday 20 November 2013

5 Tip Sediakan Hidangan Telur Yang Sihat

Telur Oh Telur!

1. Untuk satu hidangan telur dadar yang sihat, jika menggunakn 4 biji telur, cuba gunakan 2 biji telur kuning dan 4 biji telur putih. Sebenarnya kita tidak akan merasai apa-apa kekurangan telur kuning jika pandai mengolah resepi dengan menambahkan sayuran seperti cendawan, daun bawang atau seleri.


2. Telur kuning yang tidak digunakan, jangan sesekali dibuang kerana telur boleh didinginbekukan untuk penggunaan dimasa akan datang.

3. Guna kuning telur tadi untuk membuat kastard dan gunakan sedikit tepung jagung kuning untuk memekatkannya daripada menggunakan telur kuning yang lebih sebagai agen pemekat.

4. Telur sebenarnya tidak perlu disimpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. Tempat yang gelap biasanya agak sejuk suhunya dan ini amat sesuai untuk menyimpan telur.

5. Untuk memeriksa kesegaran telur, kita perlukan satu mangkuk kaca atau plastik yang lutsinar. Masukkan air ke dalam mangkuk, cukup untuk tenggelamkan telur. Masukkan sebiji telur ke dalam air, jika telur tu tenggelam ke dasar mangkuk dalam kedudukan flat, ia menunjukan telur itu segar.
Tapi jika kedudukan telur itu menegak, ini bererti telur itu tidak segar. Telur yang segar amat penting dalam menyediakan kek,pastri dan lain-lain.



Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas



No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015