Pages

Wednesday, 9 October 2013

Merawat Kesan Lecur




Secara umumnya melecur terbahagi kepada 3 tahap,iaitu tahap 1,2 dan 3. Bagi kes melecur tahap 1 bolehlah dikatakan sebagai minor dan akan menyebabkan kesan seperti sunburn.
Manakala melecur tahap 2 boleh mengakibatkan kulit melecet disebabkan lapisan kulit pertama dan kedua mengalami kerosakan. Untuk lecur tahap 3 pula, ia boleh memasuki kawasan yang lebih dalam sehingga ke tulang. Kes seperti ini memerlukan rawatan di hospital.

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua. Langkah-langkah yang perlu di ambil untuk merawat lecur apabila terkena air/benda panas.

  1. Melalukan kawasan lecuran dengan air yang mengalir atau merendamkannya ke dalam air sehingga sakitnya berkurangan. Ini akan membantu mengurangkan keradangan TETAPI jangan gunakan ais dalam proses tersebut. JANGAN menyapu mentega,majerin,kicap dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan infeksi.
  2. Kemudian keringkan kawasan tersebut dan bolehlah disapukan krim/oitment bersifat antiseptik atau yang mengandungi antibiotik. Tutup secara longgar kawasan tersebut menggunakan gauze yang disteril. JANGAN guna kapas atau bahan yang boleh melekat pada kawasan tersebut. Jika bahagian terlibat kurang terdedah pada udara maka kesakitan akan juga turut berkurangan.
  3. Jika dirumah anda terdapat pokok lidah buaya (aloe vera), patahkan hujung daun tersebut dan akan kelihatan seperti jeli mengalir keluar. Jeli tersebut boleh disapu pada kawasan lecuran dan boleh membantu proses penyembuhan.
Kesan lecur yang tidak serius biasanya boleh baik dengan sendiri tetapi kemungkinan berlaku perubahan warna pada kulit pada kawasan yang terlibat.


Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015