Pages

Thursday 15 May 2014

WORLD CUP 2014: 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang BRAZIL

Walaupun ramai yang tahu ibu negara Brazil adalah Brasilia, minuman kebangsaan adalah Caipirinha dan Rio de Janeiro adalah tempat yang hebat untuk berparti dan berehat di pantai. TETAPI terdapat banyak perkara yang perlu diketahui tentang Amerika Selatan ini.

1. Tiada penilik diri di Brazil

Atau sekurang-kurangnya anda tidak boleh mencari seorang detektiif swasta.
Ia merupakan satu budaya riang yang boleh membawa anda keluar daripada kepompong, membantu anda berehat dan mempunyai masa yang terbaik dalam hidup anda.
Warga Brazil gemar mempamerkan diri mereka dan tidak mempunyai banyak sekatan terhadap apa yang mereka luahkan.
Ia bukan setakat perbualan, malah termasuk hon kereta, bunyi TV dan ekzos trak yang melaui kawasan perumahan dengan 16 pembesar suara.


2. Bahasa Inggeris tidak dituturkan secara meluas

Ramai warga Portugal di Sepanyol mengabaikan untuk berbahasa Inggeris, warga Brazil sama sekali telah menerapkan bahasa linguistik itu kepada mereka sendiri.
Tidak ramai rakyat Brazil bercakap dalam bahasa Inggeris terutama yang tinggal di luar Rio de Janeiro atau Sao Paulo.
Meskipun mereka terbuka untuk melihat semua filem Amerika dan mengetahui semua lahu Adele, namun secara tradisi mereka telah mendapat pendidikan yang lebih baik dalam bahasa Portugal. Ia masih sukar dalam sesebuah negara yang mana pendidikan berada jauh dibawah senarai keutamaan.

3. Bar jus yang menakjubkan

Mungkin kerana mereka dikelilingi pelbagai jenis buah-buahan eksotik yang tidak pernah kita dengari seperti caju, camu-camu,pitanga - rakyat Brazil adalah pakar dalam penciptaan minuman buah-buahan yang lazat.
Hampir setiap jalan di Rio mempunyai sebuah bar jus.
Malahan delikatesen mempu menghasilkan jus yang luar biasa dan enak seperti graviola, yang berasal dari buah berduri, buah graviola hijau. Ia merupakan air penghilang dahaga terbaik pada hari panas, halus, tidak terlalu manis, sejenis minuman semulajadi dan juga membantu untuk percernaan yang baik.

4. Brazil jauh dari dunia luar

Brazil adalah satu tempat yang terbaik untuk melancong! Ia amat terbuka kepada dunia luar, sesuai dengan tanah tropika dan mempunyai persekitaran semulajadi bertaraf dunia untuk dunikmati.
Pantai,hutan dan air terjun terdapat disini memenuhi citarasa skala epik.
Untuk skala, ia sukar dipadankan dengan keluasan hutan hujan Amazon yang terbesar di dunia atau kehebatan Iguazu Falls yang merupakan air terjun kedua paling luas dan dalam di dunia.


5. Ada satu jurang besar diantara kaya dan miskin

Dalam ranking dunia untuk jurang antara golongan kaya dan miskin, Brazil memiliki jurang yang terbesar iaitu yang ke-11, mucul selepas kumpulan negara-negara miskin Afrika.
Kira-kira enam peratus rakyat Brazil menetap di favelas iaitu kawasan miskin, mengikut bancian tahun 2010. Penepatan ini meliputi kawasan pergunungan batu, terbentuk dalam bentuk rumit sempadan diantara bandar-bandar besar seperti Sao Paulo dan Rio de Janeiro. Masalah dadah dan sindikit jenayah yang memuncak di favelas sedikit sebanyak menggangu keselamatan di sana.
Pelancong biasanya tidak akan menjadi sasaran, tetapi aspek keselamatan antra yang perlu dititik beratkan. Tinggal di kawasan selamat,tidak membawa wang lebih jika tidak mahu rugi,menyimpan barang-barang yang berharga di hotel yang selamat,menggunakan khidmat teksi yang telah disemak oleh hotel, jangan mangambil van teksi dan pastikan tahu apa yang telah menjadi sebahagian daripada bandar pada waktu malam.

6. Salah satu bandar terbesar terletak di tengah-tengah Amazon

Bandar ketujuh terbesar di Brazil terletak di separuh laluan Sungai Amazon, Rio Negro menyilang sungai tersebut.
Sebuah kota yang lebih kepada pengeluaran getah baron pada abad ke-19, hari ini adalah pengeluar mega menghasilkan barangan yang berkualiti seperti telefon mudah alih, motosikal atau CD.
Zon Ekonomi Percuma Manaus diwujudkan bagi meransang pertmbuhan ekonomi di rantau Amazon yang terpencil.

7. Piranha tidak akan makan anda jika anda terjatuh dalam sungai Amazon

Ia telah dimomokan secara meluas kedalam setiap peminat filem, ikan piranha adalah sejenis pemangsa yang menyerang dan memakan manusia.
bagaimanapun ternyata ia sekadar omongan kosong,hampir tidak pernah berlaku di negara ini.
Piranha tinggal di lembangan sungai utama di Amerika Selatan dan anak sungai Amazon dari Brazil dipenuhi dengan spesis ikan ini.
Piranha mempunyai gigi taring yang tajam dan menggigit sesiapa yang berenang di sungai tetapi tidaklah sehingga ke tulang.
Ada satu legenda bahawa untuk meraikan lawatan Presiden Teddy Roosevelt pada awal abad ke 20, penduduk tempatan telah membuat benteng di sungai dan meletakan ikan piranha yang kelaparan dan kemudian melambung seekor lembu ke dalam untuk mempersenbahkan pertunjukan buat Presuden.
Ia sekaligus menceritakan sekumpulan piranha yang ganas,ditokok tambah oleh pihak pemberita dan pengeluar filem.


Jom kita sihat bersama SAYA SUKA SIHAT CERGAS














3 comments:

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015