Pages

Tuesday 20 December 2016

Amir Dah 'Konvo'

Yeay! Amir dah konvo!


Pada tahun 2013, kami mencari-cari 'kinde' apa yang sesuai untuk Amir. Saja tidak mahu masukkan dia 'kinde' yang sama seperti kakak-kakaknya. Akhirnya kami memilih SMART READER KIDS SUBANG 2.



Selama 3 tahun Amir belajar di SMART READER KIDS. Bermacam ragam dan karenah dia selama 3 tahun itu. Terima kasih pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar Amir.


Amir paling suka bila ada rombongan sekolah. Bagus juga ada aktiviti ini. Sekurang-kurangnya ada tempat yang kami tidak perlu bawa mereka lagi.

Amir gembira dapat jalan dengan kawan-kawan. Suasana pun berbeza jika dibandingkan dengan percutian keluarga.



Sepanjang pembelajaran Amir di SMART READER KIDS SUBANG 2, semuanya ok je. Tidak ada banyak rungutan dari kami mahupun cikgu-cikgu. Kalau ada pun jika Amir buat hal. Biasa la budak lelaki. Gurau-gurau kasar manja gitu....;-)

2017...sekolah mana Amir dapat ye?

No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015