Pages

Wednesday 12 March 2014

MH 370 - Misteri Kehilangan 10 Pesawat Udara

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH 370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China awal pagi Sabtu lalu masih lagi menjadi teka teki selepas 4 hari insiden berlaku.

Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 10 lagi insiden menteri membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.

1. AIR FRANCE 447

Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada 2009. Laporan terakhir menunjukan tiub pesawat itu dihalang oleh kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi.
Kotak hitam pesawat itu hanya dijumpai pada Mei 2011 bersama-sama 104 mayat. mayat 74 lagi penumpang masih gagal ditemui.





2. EGYTAIR 990

Misteri menyelubungi nahas pesawat EgyptAir 950 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New york pada 31 Oktober 1999 menuju ke Kaherah.
Pesawat boeing 767 itu terhempas di Selatan Lautan Atlantik berdekatan Massachusetts dan mengorbankan 217 penumpang dan anak kapal.


3. PENERBANGAN 571

Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk.
Mereka hanya dijumpai selepas 72 hari selepas 2 orang penumpang mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.




4. STAR ARIEL

Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel hilang ketika pernerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 januari 1949.
Ia pesawat sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masaalah komunikasi sepanjang penerbangan.

5. PENERBANGAN 191

Pada 1979, American Airlines 191, terhempas selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago menyebabkan 258 penumpang dan 13 anak kapal terbunuh.
Pesawt X-15 191, yang terhempas pada 1967 pula menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

6. STAR TIGER

Pesawat BSAA kedua, Star Tiger hilang selepas terbang dari Santa maria di Azores ke Bermuda pada 30 Januari 1948.
Dalam pernerbangan 12 jam itu, pesawat itu terbang rendah untuk mengelakkan angin dan mengikut pesawat Lancastry yang ditugaskan mengesan cuaca buruk di kawasan Segi Tiga Bermuda. Pesawat peninjau tiba jam 4 pagi, namun Star Tiger hilang dan tidak dapat dikesan hingga kini.

7. STAR DUST

Apabila BSAA Star Dust,pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika penerbangan dari Buenos Aires, Argentina ke Santiago, Chille ia meninggalkan persoalan yang tidak terjawab.
Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya, tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar kod morse 'STENDEC' sebelum ia hilang.
Star Dust hanya dijumpai 50 tahun kemudian apabila 2 pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian.

8. PENERBANGAN 19

Pada petang  5 Disember 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang di ruang udara tipis sekaligus memulakan kisah Legenda Segi Tiga Bermuda.
Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan. Kedua-dua kompas pesawat gagl berfungsi.

9. GLENN MILLER HILANG DI SELAT INGGERIS

Sebelum kehilangannya, pemuzik ini mengadakan persembanhan di England untuk Tentera perikatan dan Tentera darat Amerika Syarikat pada musim panas 1944.
Keesokannya dia terbang ke Paris untuk menghiburkan askar di Perancis. Mereka bertolak dari Ladang RAF Tinwood dan dipercayai hilang di Selat Inggeris.

10. AMELIA EARHART HILANG KETIKA CUBA MENGELILINGI DUNIA

Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada Julai 1937, ketika dia dan pembantunya ,Fred Noonan cuba mengelilingi dunia.
Dia yang juga wanita pertama terbang solo merentasi Atlantik, hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.



JOM DAPATKAN VITAMIN SEMULAJADI DI SAYA SUKA SIHAT CERGAS
JOM SHOPPING BAJU KURUNG DI BAJU KURUNG SHANA



No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015