Pages

Wednesday 30 October 2013

Earthquake Light: Petanda Awal Gempa Bumi?

Pada masa dahulu, Earthquake Light (Cahaya Gempa Bumi) dianggap hanya lah cerita dongeng yang dibawa oleh nenek moyang, sehinggalah pada tahun 1960an apabila beberapa gambar dapat di rakam di Jepun dan selepas beberapa hari, gempa yang berlarutan sehingga sebulan berlaku dan akhirnya ia menjadi antara bukti yang membuka mata para pengkaji gempa bumi.




Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 9 October 2013

Merawat Kesan Lecur




Secara umumnya melecur terbahagi kepada 3 tahap,iaitu tahap 1,2 dan 3. Bagi kes melecur tahap 1 bolehlah dikatakan sebagai minor dan akan menyebabkan kesan seperti sunburn.
Manakala melecur tahap 2 boleh mengakibatkan kulit melecet disebabkan lapisan kulit pertama dan kedua mengalami kerosakan. Untuk lecur tahap 3 pula, ia boleh memasuki kawasan yang lebih dalam sehingga ke tulang. Kes seperti ini memerlukan rawatan di hospital.

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua. Langkah-langkah yang perlu di ambil untuk merawat lecur apabila terkena air/benda panas.

5 Tip Bantu Elak Sakit Belakang


  1. Postur tubuh adalah amat penting dijaga dalam membantu mengelak sakit belakang. Pastikan anda tidak membongkok ketika berdiri atau duduk. Jika anda berada di depan komputer untuk menaip, pastikan kedudukan belakang badan dan bahu tegak dan selaras. Ini kerana jika kita duduk membongkok,otot belakang dan tengkuk akan bersa kejang dan mudah sakit.
  2. Sebelum mengangkat barang,anda dinasihatkan pastikan berat barang yang ingin diangkat dahulu. Jika terlalu berat,sebaiknya diangkat secara berdua atau berkumpulan. Sebelum barang diangkat ,lakukan regangan ringam terlebih dahulu. memang agak lucu didengar atau dianggap remeh. Tetapi ia sangat menbantu dalam mencegah sakit belakang atau kecedraan otot.
  3. Senaman secara konsisten sangat penting untuk menjamin kesihatan tulang anda. Aktiviti ini dapat membantu kuatkan otot utama,abdomen dan belakang tubuh.
  4. Anda dinasihatkan mengekalkan berat badan yang ideal.Perut buncit mampu memberikan tekanan pada tulang belakang kita.
  5. Mengangkat barang juga perlu ada teknik yang tepat. Badan kita tidak perlu membongkok masa angkat barang. Anda perlu menundukan diri terlebih  dahulu, iaitu dengan membongkok dari bahagian pinggul ke kaki manakala bahagian atasbadan kekal tegak (seperti posisi bertinggung). Kedudukan ini harus dipraktikan sewaktu mengangkat 

Friday 4 October 2013

6 Tip Mencegah Resdung


  1. Cadar dan langsir bilik tidur haruslah kerap ditukar dan dicuci
  2. Permaidani adalah tidak digalakkan terutama di bilik tidur.
  3. Elakkan daripada menghias terlalu banyak kusyen.
  4. Binatang peliharaan sepatutnya tidak dibenarkan memasuki ke dalam rumah terutamanya bilik tidur.
  5. Perlu pastikan persekitaran sentiasa bersih dan kurang berhabuk.
  6. Penggunaan hampagas berpenapis (high efficiency filter,HEPA) lebih efisien untuk mengurangkan habuk dan hama bebrbanding penyapu.
Jom beli Baju Kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas

Tuesday 1 October 2013

RESDUNG Tidak Hanya Pada Hidung...

Ramai yang fokus pada hidung apabila membincangkan perihal resdung. Tahukah anda resdung juga boleh menyerang mana-mana bahagian badan kita?Contohnya pipi,mata,mulut,telinaga dan dada.

9 tanda-tanda resdung mengikut bahagian badan.

1. Dahi.

  • Rambut gugur
  • Sakit kepala atau migrain
  • Gatal kulit kepala
2. Mata

  • Gatal-gatal pada mata
  • Bengkak atau sakit
  • Mata berair
  • Penglihatan menjadi kabur
3. Telinga

  • Telinga berasa sakit
  • Bernanah dan berbau
  • Gatal dalam saluran telinga
  • Ada masaalah pendengaran
4. Hidung

  • Kurang deria bau
  • Selsema atau bersin yang berpanjangan
  • Hidung tersumbat
  • Sakit di pangkal hidung
5. Pipi

  • Jerawat yang banyak
  • Sakit
  • Gatal dibahagian muka
  • Merah-merah dibawah mata dan pipi
6.  Mulut

  • Gusi bengkak
  • Sakit gigi
  • Gusi berdarah atau bernanah
7. Dada

  • Lelah dan berkahak
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gatal-gatal badan
  • Jerawat di sekitar leher,dada atau belakang
8. Usus Besar/Kecil
  • Buasir
  • Berdarah ketika membuang air besar
  • Bengkak di bahagian dubur
9. Kaki Dan Tangan
  • Cekam kuku
  • Kudis (berair) di celah-celah jari

Jom beli Baju Kurung diBaju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi diSaya Suka Sihat Cergas
Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015