Pages

Wednesday, 20 November 2013

7 Tip Didik Anak Perempuan

Menurut Ustaz Ahmad Shukri Yusoff,mendidik dan memberi pendidikan, menanggung anak-anak,sanggup berjaga siang dan malam serta memberi kegembiraan kepada anak-anak merupakan suatu bentuk ibadah kepada ALLAH swt.
Oleh itu ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar mampu memberi didikan dan asuhan yang sempurna kepada anak-anak.

1. Pengabdian Diri Kepada ALLAH swt

Dalam proses mendidik anak-anak termasuk anak perempuan, ibubapa perlu menerapkan kepada mereka konsep pengabdian diri hanya pada ALLAH swt iaitu mengajar asas-asas agama seperti solat dan berpuasa. Tanamkan pada anak-anak supaya mereka sentiasa mencintai dan mengaggungkan ALLAH swt setiap perilaku mereka.

2. Kata Kata Positif

Kata-kata yang diungkapkan oleh ibubapa hendaklah kata-kata mendidik dan memberi motivasi pada anak-anak.


3. Rezeki Yang Halal

Bapa selaku ketua keluarga serta pemberi nafkah hendaklah sentiasa berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati oleh ALLAH swt. Jauhi segala bentuk riba, rasuah dan penipuan kerana ia menghalang kita mendapat keberkatan dalam rezeki.

4. Tingkah Laku Yang Baik

Ibubapa adalah cermin pada anak-anak. Oleh sebab itu, paparan contoh tingkah laku yang baik daripada ibubapa adalah bentuk pendidikan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak.

5. Sabar.

Setiap anak mempunyai karektor masing-masing. Ada yang lebih cenderung kepada kebaikan dan ada pula sebaliknya. Oleh itu ibubapa perlu sabar dalam melayani setiap karektor anak-anak kerana orang yang bersabar tidak akan sia-sia.

6. Tukar Pukulan Kepada Penghargaan

Dalam mendidik anak-anak, ibubapa tidak boleh memukul mereka lebih daripada 10 pukulan dan usia yang paling kecil adalah 10 tahun.
Pukullah mereka dengan kayu yang nipis dan jauhkan dari memukul muka. Setiap pukulan itu perlu dimulakan dengan Bismillah.

7. Doa Mendidik Anak

Doa merupakan perkara yang tidak boleh ditinggalkan ketika mendidik anak-anak. Umpamanya doa,"Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" (Al-Furqan 25:74)

Saya juga mengingatkan untuk diri sendiri juga.

Jom beli baju kurung di Baju Kurung Shana
Jom beli vitamin semulajadi di Saya Suka Sihat Cergas




No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015