Pages

Tuesday 26 November 2013

5 Cara Jaga Kesan Regangan

Tahukah anda hampir 90% wanita hamil mengalami kesan regangan kulit ketika hamil?

Berita baik untuk anda! Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masaalah ini daripada menjadi lebih buruk.

1. Rutin jaga kulit

Langkah utama dalam mengelakkan kesan regangan menjadi buruk ialah mendisiplinkan diri dengan melakukan rutin penjagaan kulit. Lakukan rutin yang ringkas setiap hari seperti menyapu losyen ke kulit bagi memastikan ia kekal lembap sepanjang masa.

2. Jaga berat badan

Pertambahan berat badan ketika hamil adalah normal. Namun, pastikan peningkatan berat badan adalah mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh doktor.Pertambahan berat yang mendadak boleh menyebabkan kulit meregang dan meninggalkan kesan buruk berkekalan.

3. Hidratkan kulit

Kulit yang sentiasa hidrat ketika hamil adalah kunci utama kulit yang cantik. Memandangkan ketika hamilkulit berubah menjadi lebih sensitif, jadi minum air mencukupi.

4. Urutan

Amalan ini sangat baik untuk membantu anda menjaga kesan regangan kulit. Anda boleh lakukan sendiri ketika waktu santai. Gunakan berus badan atau sarung tangan lembut ketika mandi dan urutlah bahagian yang bermasaalah.

5. Amal pemakanan sihat

Dengan memakan makanan yang kaya khasiat dan juga pengambilan vitamin, kulit anda akan kekal cantik dan sihat.


JOM beli baju kurung di sini Baju Kurung Shana
JOM beli vitamin semulajadi di sini Saya Suka Sihat Cergas



No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015