Pages

Friday, 23 August 2013

UNTUK KULIT CANTIK, MAKANLAH....

Ada berita baik untuk semua!!Gabungan pemakanan yang seimbang boleh menolong kita mendapatkan kulit yang sihat dan segar. Apa yang penting jadikan ia sebagai rutin.

Jom! kita kenali 4 jenis makanan yang baik dan bagus untuk kulit.

1. ANGGUR MERAH

Buah ini bertindak sebagai antihistamin semulajadi. Iaitu dengan makan anggur, ia membantu kita mengawal alahan daripada kesan sampingan.
Selain itu anggur merah mengandungi antioksidan dan agen kimia yang menolong merawat masalh radang kulit seperti eczema dan psoriasis


2. SUSU OAT

Susu oat baik dalam membantu kita merawat masalah jerawat. Ia mengandungi selulosa,laktosa,vitamin E dan asid folik yang penting untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit.


3. KEKACANG

Akibat kekurangan sesetengah jenis mineral contohnya zinc dan selenium senang menyebabkan jerawat.
Inilah antara alasannya kenapa kekacang,misalnya kacang Brazil dan biji labu adalah pilihan makanan terbaik untuk kulit bersih! Ia mengandungi kepekatan tinggi "mineral kulit sihat".


4. TOFU

Cara yang paling terbaik untuk tambahkan jumlah protein dalam nutrisi harian kita adalah dengan makan tofu.
Tofu adalah sumber protein,sayur,kalsium dan lemak tidak tepu paling hebat. Ia juga kaya dengan antioksidan dan iron.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015