Pages

Thursday, 5 September 2013

Praktikkan Senaman Ringan, Sayangi Jantung Kita

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan pembunuh no.1 di Malaysia.Ia sudah tidak menghairankan kita kerana 25% daripada penduduk di Malaysia dikategorikan obesiti.

Jika seseorang mengamalkan aktiviti fizikal/senaman, adakah mereka boleh mencegah sakit JANTUNG?

Jika kita melakukan senaman ringan 30 minit sehari, banyak manfaat kita perolehi. Senaman ringan termaksuklah menaiki tangga, berkebun, berjalan kaki sambil bersiar-siar,membuat kerja rumah,menari, membersih laman dan melakukan senaman di rumah.

Senaman seperti aerobik,berlari,berenang,berbasikal dan lompat tali adalah contoh senaman lebih cergas dan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung dan paru-paru.

Tidak bersenam seperti juga merokok,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah tinggi adalah salah satu daripada faktor utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak jamin kita bebas daripada sakit jantung tetapi kita boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini.



No comments:

Post a Comment

Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015