Pages

Friday 27 September 2013

Bawang Merah...Bawang Putih

"Buai laju-laju...aku nak kawin dengan anak raja.."
Nyanyian si bawang putih di bawah pohon sambil merengek-rengek.Itu adalah petikan dialog cerita 'Bawang Merah Bawang Putih'. Kononya, bawang putih adalah yang jahat dan bawang merah ditindas oleh kakak dan ibu tirinya.

Bawang Merah




Bawang merah mengandungi sejenis bahan iaitu 'lacromatory' yang menggalakan pengeluaran air mata. Bawang ini banyak digunakan dalam tumisan kerana baunya yang harum dan enak. Selain dijadikan bahan menumis, ia juga dijadikan bawang goreng yang rangup. Pastikan pilih bawang yang tidak berair supaya bawang goreng anda tidak berair!


Bawang Putih


Bawang putih mempunyai bau yang kuat berbanding bawang merah. Masakan kaum Cina banyak menggunakan bawang putih. Setiap biji bawang putih terdiri daripada 12-16 siung yang berlapis kulit nipis.

Thursday 26 September 2013

Kuaci Oh Kuaci

Kuaci mengandungi kandungan zat besi. Pemakanan yang rendah kadar zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol lemak jahat dan akan menghadkan kolestrol lemak baik.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar iaitu jenis labu dan bunga matahari untuk tambahkan zat besi dan kurangkan kolestrol

Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas

Wednesday 25 September 2013

Hebatnya Kacang Tanah

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas daripada rosakkn kadar kolestrol lemak dan juga dapat hindari daripada serangan jantung!

Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas








Tuesday 24 September 2013

5 Tips Memilih Aksesori Pada Tudung


  1. Bila menyarungkan tudung polos, pilihlah keronsang yang bercorak besar agar penampilan tidak terlalu kosong.
  2. Elakkan jadi kedai kerongsang bergerak! Jauhi dari menggunakan klip,kerongsang dan pin bergemelapan pada satu tudung sahaja.
  3. Aksesori keronsang yang berkilat amat sesuai digayakan pada tudung di malam hari.
  4. Anda juga boleh gayakan tudung dengan hiasan unik seperti kalung,cincin atau gelang bagi nampak lebih kreatif.
  5. Pakailah alsesori kasual dengan warna lembut atau pastel di siang hari.


Jom beli Baju Kurung disini  Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini Saya Suka Sihat Cergas

Kalsium Dan Mineral Dalam Soya Bantu Pecah Lemak

Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
Ia juga mengandungi 48% protein,lesitin, vitamin dan zat galian. Di samping itu amat membantu menghindari penyakit jantung dan kencing manis.



Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini:Saya Suka Sihat Cergas

Monday 23 September 2013

Mana Satu Pilihan Dia?

Ermm...dah 2,3 hari mencari pre-school untuk Amir. Tahun depan dia 4 tahun.


Hari Jumaat lepas kami ke Genius Aulad Subang Bestari. Konsep dan dekorasi menarik minatnya.Kami banyak tanya soalan pada 'teacher'. Ya lah..untuk puas kan hati. Boleh tahan juga ye yuran pendaftarannya!

Kemudian kami ke Brainy Bunch Subang Bestari. Huh! dia suka sangat sebab banyak 'toys' katanya. Toys yang dia maksud kan ialah alat-alat pengajarannya. Ermmm...boleh dipertimbangkan.


Hari ni pulak sambil-sambil mencari daycare untuk baby Zahrah sempat pulak singgah di Little Caliphs Subang Bestari. Bertuah sangat sebab dapat penerangan dari 'owner' kinddie tersebut. Katanya dia hanya datang 1 minggu sekali saja. Tertarik dengan modul Pre Tahfiznya. Modul ini akan diajar pada umur 6 tahun kelak.

Kami belum buat keputusan lagi. Kita tunggu entri akan datang apa pilihan Amir!

Jom beli Baju Kurung disini Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini Saya Suka Sihat Cergas

Kurangi Risiko Penyakit Kronik Dengan Kurma!

Buah kurma dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galian didalam kurma seperti kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah.
Buah kurma juga adalah menyumbang sumber tenaga kerana mengandungi glukosa iaitu unsur gula dalam darah.
Buah kurma merangsang kesihatan wanita hamil dan memberi tenaga tambahan ketika proses bersalin kelak.
Buah kurma membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat.



Jom beli Baju Kurung disini: Baju Kurung Shana
Jom beli Vitamin Semulajadi disini: Saya Suka Sihat Cergas

Monday 9 September 2013

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Salam Sejahtera...

Saya amat berterima kasih pada Zaila Mohamad kerana tekun dan sabar mengajar saya bagaimana hendak ada blog dan fanpage sendiri. Kelas ini memberi kemudahan secara online dan fleksibel.

Saya pernah mencuba belajar sendiri melalui e-book tapi kadang-kadang bila tidak ada Cikgu yang tunjukan cara-cara yang betul kita berhenti separuh jalan. 
Saya juga pernah ingin mengupah orang untuk buat blog untuk saya.Tapi bila di fikirkan semula lebih baik saya belajar sendiri dengan kos jauh lebih murah.

"Work At Home Mom". Itulah impian saya. Sejak saya belajar kelas asas blog ini, masa saya lebih kepada mencari ilmu bagaimana menambah pengetahuan bagaimana menjana pendapatan dalam bidang blog.
Kelebihan kelas asas blog dan fanpage ini saya dibantu oleh cikgu yang berpengalaman luas dan boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga akan memberi semangat dan selalu bertanya khabar kepda pelajar-pelajarnya.
Saya rasa memang tidak rugi belajar kelas asas blog dan fanpage ini.





Jika anda berminat nak belajar seperti saya boleh lah ke http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/06/diari-wahm-sahm-soho-bina-asas-blog.html

anda akan dibimbing oleh Zaila Mohamad Masayu Ahmad








Thursday 5 September 2013

Praktikkan Senaman Ringan, Sayangi Jantung Kita

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan pembunuh no.1 di Malaysia.Ia sudah tidak menghairankan kita kerana 25% daripada penduduk di Malaysia dikategorikan obesiti.

Jika seseorang mengamalkan aktiviti fizikal/senaman, adakah mereka boleh mencegah sakit JANTUNG?

Jika kita melakukan senaman ringan 30 minit sehari, banyak manfaat kita perolehi. Senaman ringan termaksuklah menaiki tangga, berkebun, berjalan kaki sambil bersiar-siar,membuat kerja rumah,menari, membersih laman dan melakukan senaman di rumah.

Senaman seperti aerobik,berlari,berenang,berbasikal dan lompat tali adalah contoh senaman lebih cergas dan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung dan paru-paru.

Tidak bersenam seperti juga merokok,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah tinggi adalah salah satu daripada faktor utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak jamin kita bebas daripada sakit jantung tetapi kita boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini.



Tuesday 3 September 2013

Kurus Dengan Kuali

Ada apa dengan kuali sehingga boleh kurus dengan kuali?
Memasak dengan menggunakan kuali anti lekat membantu kita mengurangkan sehingga 100 kalori setiap hari!!
Ini kerana kuali jenis ini dapat mengelakkan kita daripada menggoreng dengan minyak atau mentega.
Huh! Siapa sangka kuali juga boleh menjadi sebab untuk kita kurus!!




JOM ! MAKAN POPCORN

Anda tahu tak? Segenggam bertih jagung ada kandungan karbohidrat yang sama dengan sebuku roti?

Menurut kajian oleh ahli nutrisi dari Stern Nutrition Center, POPCORN lebih kaya gizi berbanding dengan POTATO CHIPS. Ia mengandungi serat,protein dan vitamin B.

Tapi ada syaratnya. Ia hanya untuk POPCORN yang dimasak dengan minyak zaitun tanpa tambah garam!!
Copyright to Shahana Sharafaddin
Designed by UMIESUEstudio 2015